rafidah's FotoPage

By: rafidah shariff

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 28-Jan-2009 15:44 Email | Share | Bookmark
episod 10 : zigot..embrio..fetus..bayi..kanak-kanak..dll

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
who said i'm not cute...cute laa
KEHIDUPAN
sebuah kehidupan bermula dari penyatuan dua manusia iaitu perempuan dan lelaki. diikuti dengan hubungan intim yang akan menghasilkan zuriat yang akan menyambung aliran darah keluarga tersebut. ini aku punya olahan ayat je ni.. hari ini nak wat tulisan (eceli kopi n paste je) pasal pensenyawaan sikit..

Quote:

Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku lalu Kami
ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu
menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging.
Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat
keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.
(Al Mu’minun 14)


Quote:
Kehamilan adalah hasil percantuman antara benih-benih lelaki dan perempuan. Benih lelaki digelar spermatozoa dan benih perempuan digelar ovum. Proses percantuman yang digelar persenyawaan (fertilization) menghasilkan satu embryo yang kemudian tumbuh dan membesar untuk menjadi satu bayi.

Kejayaan sesuatu persenyawaan bergantung kepada beberapa faktor. Pertamanya, adalah penting bagi bilangan benih-benih lelaki itu mencukupi dan mempunyai kemampuan untuk bergerak dan daya untuk bercantum (capacitance). Keduanya, saluran-saluran peranakan mulai dari vagina, saluran cervik, ruang rahim dan saluran fallopian mestilah mempunyai bentuk yang normal dan tidak ada sekatan atau rintangan yang mungkin menghalang perjalanan benih-benih lelaki.

Persetubuhan mestilah dilakukan dengan jayanya pada waktu yang tertentu, iaitu pada waktu kesuburan isteri, kerana pada ketika itu ovum dikeluarkan oleh ovari. Persetubuhan yang disertai kemuncak kepuasan (orgasm) adalah penting kerana keadaan begini dikatakan memudahkan perjalanan benih-benih lelaki melalui saluran pangkal rahim, ruang rahim dan seterusnya saluran fallopian. Bilangan benih-benih lelaki yang dikeluarkan ketika persetubuhan adalah juga penting kerana perjalanan menerusi saluran peranakan adalah jauh bagi benih-benih yang begitu kecil bentuknya itu. Banyak rintangan yang ditempuh oleh benih-benih tersebut dan banyak daripada mereka yang musnah sebelum sampai ke destinasi.

Selain dari benih tersebut menambah kekuatan tenaga dan daya pergerakan ketika mereka menembusi lendir di dalam pangkal rahim, lendir cervik ini juga membekalkan bahan makanan dan juga memberi daya bercantum kepada benih-benih lelaki (capacitance). Bentuk benih-benih lelaki yang normal juga penting bagi kejayaan sesuatu persenyawaan. Jika bentuk benih lelaki banyak yang luar biasa, ini mungkin mengendalakan persenyawaan. Rangkaian kromosom yang terkandung di dalam benih lelaki dan ovum juga penting bagi menghasilkan satu embryo yang normal. Kelainan dalam kromosom telah dikatakan menimbulkan kehamilan-kehamilan luar biasa seperti kehamilan anggur (hydatidiform mole) dan keguguran. Benih lelaki membawa 23 kromosom dan ovum juga membawa 23 kromosom, dan ini, apabila bercantum, akan menghasilkan satu embryo yang mengandungi rangkaian kromosom yang normal bagi setiap sel iaitu 46.

Percantuman benih-benih lelaki dengan ovum berlaku pada muncung saluran fallopian. Banyak benih lelaki akan mendekati ovum dan mereka ini juga menembusi selaput tebal zona pellucide tetapi akhirnya hanya satu benih lelaki sahaja akan berjaya mencantumkan nukleusnya dengan nukleus ovum (lihat rajah 4). Persenyawaan menghasilkan satu zygote dan di dalam zygote ini proses pembiakan sel-sel terus berlaku. Dari satu sel ia membiak mejadi 2, 4, 8 dan seterusnya tidak terkira banyaknya. Pada ketika ini juga zygote mula berjalan melalui saluran fallopian untuk menuju ke ruang rahim. Perjalanan in biasanya mengambil masa selama 5 hingga 7 hari. Pada ketika yang sama perubahan-perubahan telah berlaku di bawah pengaruh hormon-hormon estrogen dan progesterone pada lapisan endometrium untuk menyediakan dan menerima zygote yang kini telah berkembang menjadi embryo untuk menghasilkan kehamilan. Embryo ini perlu membenamkan dirinya pada dinding rahim (endometrium) di mana ia terus membiak, tumbuh dan membesar. Proses ini digelar ‘implantasi’ dan untuk kejayaan proses ini, embryo perlu mengeluarkan enzim yang khsusus untuk membolehkannya menembusi dan membenamkan diri ke dalam lapisan endometrium.

Setelah implantasi berlaku dengan jayanya, embryo terus membiak dan tumbuh membesar. Sel-sel ini membentuk anggota-anggota dan organ-organ badan. Dari sel-sel tersebut juga terbentuk uri yang mempunyai beberapa tugas penting khususnya bagi membekal makanan dan oksigen, serta membuah kumoh-kumoh dari bayi


BAYI
Semua orang yang berkahwin pasti mengidamkan anak-anak yang dilahirkan sendiri..yang comel pintar, lincah, cerdik, taat n soleh/solehah...

even datuk CT pon heboh nak anak sndri...
adakah aku mengandung?? heheheh belum lagi la..

eceli entry kali ni sebenarnya nak ditujukan khaas buat kak im n abg junaidi serta cik man n puan halijah.. kemudian aku selit2 kan sikit gmbr kanak2 comel yg aku pernah aku jumpa... kanak2 n bayi2 ni adalah sepupu2 aku nye anak n anak org yg ak kenali..hehehe...

DANIA QISTINA
nama ni abg AD bagitaw ak masa ari pertama dia dilahirkan..tp pada surat beranak x taw la nama ape...
dania qistina junaidi lahir pada 17 januari 2009 pada pukul 4.49pagi d hospital slim river. mama bayi comel ni ialah Puan Norimah Othman..kak im ak kenal masa keje kat LA dulu. dania ada abg sorg Muhammad aqil danish.. 2 tahun bln 3 ni..





TAHNIAH UTK KAK IM N ABG AD...serta along aqil.... semoga rezeki kamu sekeluarga terus dberkati n murah serta d permudahkan olehNYA..aminn


ALYA SAFIYYAH SUHIRMAN
err yang ni x berapa pasti tarikh kelahiran. tp daddy die lecturer ak masa kat KKJN.. cik man kire cikgu n kawan rapat ak masa kat sana..die panggil ak assisten..sebab ak suke nyibuk masa die ngajar..biasa la klu da dpt student mcm bagus ni...susah.. mama bayi comel ni ialah puan halijah ismail.. aku x ingt die pernah ajar aku ke tak...dorg ni ngajar d KKJN....



CONGRAT TO CIK MAN N PUAN LIJAH....semoga alya membesar mnjadi ank yg solehah... may allah bless ur family...aminn

Code:
siang td...ak ber'YM' dgn puan lijah...die tny..nape lak letak gmbr alya kt FP ak..eceli ni mcm e-card je...utk ucapan tahniah... tahniah n ucapan syukur je yg aku leh bagi... then beliau tny lagi..nape gmbr ni kamu letak..hehehehe ni je yg dpt ak grab dr FP alyababy.. yg d email kan oleh beliau..xdpt lg nk donlot...
ak terharu jap..puan lijah ingt lagi ak penah jd student beliau..sedangkan ak x ingt..ingt2 lupe sbnr nye... puan lijah pernah ajar subjek sains.. pernah beliau tunjuk slide ttg pensenyawaan ni... sungguh menarik...serius... the slide is great... tq puan... nti sy edit blk no gmbr baby alya tu...


need to sleep..will edit later....

KANAK-KANAK & BAYI
wajah-wajah comel ni..diambil gambarnya oleh aku..atau sedarah aku.. layan je...


the onyang n the cicit... onyang tgh turun kan petua hdup sejahtera kat cicit...


ni gmbr faiz bru2 lahir..akak g tgk kak lang..huh afrina ni..sbuk je die nk amik gmbr kali


auum..aummm takut la kat sy..takut la....kata si belang farhan..


ha ni die otai...sudah mari...


the cousins....ha blkg tu atok ngan pakcik die tgh jd pemerhati bebas..


model iklan tiang


sumayyah yg kerek..sumayyah nk dpt adik ye x lama lg...(pesta beranak la thn ni)


yg due org tu kanak-kanak n bayi..yg sorg ni...bkn..ni org tue da nih....


ak pon comel gak kecit-kecit dulu...uhuhuhhuhhuuh


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net