rafidah's FotoPage

By: rafidah shariff

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]
Friday, 8-May-2009 12:19 Email | Share | | Bookmark
cont. Episod 23 : Cameron Highland part 3

SAMBUNGAN....

aduh sekali bila dibelek-belek.. rupa-rupanya.. cerita lagi laju dari turutan gambar...
tak apalah.. jadi kali ni aku akan bercerita tentang pemandangan yang aku nampak sepanjang perjalanan naik ke kawasan tanah tinggi ni.

lepas dari exit Tapah. kita akan melalui satu kampung.. KAMPUNG MELAYU KAMPUNG PAHANG..cuba teka ada berapa kampung sebenarnya??? silap..satu kampung je sebenarnya.... tamak nama betul la diorang ni mcm nurul syuhadah nurul ain pulak... hahahahah...

Quote:

CAMERON HIGHLAND...
terdapat 8 pekan di cameron highland kalau dari exit tapah.. kita akan jumpa dengan pekan Ringlet. diikuti Bertam Valley, Tanah Rata, Brinchang, Tringkap, Kuala Terla, Kampung Raja dan Blue Valley.

Brinchang adalah kawasan tertinggi dan terbesar di Cameron Highland. di setiap pekan mempunyai tarikan pelancong yang tersendiri.

http://en.wikipedia.org/wiki/Cameron_Highlands


kali ni nak letak gambar.. dari ringlet sampai ke berinchang dulu....


i told u..diz ppl very tamak.... sori gmbr blur sbb kereta laju..hahahahahaha


pemandangan Ringlet dr jalanraya..


sosek jalan??? carilah signboard JKR....


bukit bukau.....


kalau dah ke CH..mesti r cari ladang teh...



saujana memandang...



ladang ini milik ku....muahahahahah


owhh camni bau daun teh rupe nya... kata abg nakkal...


ini hotel yang kami nak masuk mula-mulanya... tapi x jadi....


last-last gi hotel ni..yang tak de ekon...


it cost me only RM100....for two nite....


dah..cukup buat masa ni.. lepas ni kita sambung perjalanan malam pertama di CH pulak..
credit utk abg nakkal untuk gambar-gambar yang menarik ni...
banyak lagi untuk diterokai...zoom malaysia... jom cuti-cuti malaysia...


Thursday, 7-May-2009 01:05 Email | Share | | Bookmark
CONT. episod 23: Cameron Part 2

Sambung....
Ahad 31 May 2009
ok mari kita sambung cerita Cameron Highland.. jadi lepas sarapan di Kelana Jaya kami pun bergerak ke Utara. pukul 9pagi dari KJ sampai di CH pukul 1 lebih. tu pun sebab banyak berhenti. kami terus ke Berinchang untuk check in hotel. hotel pertama kami tuju. hotel ragency depan balai polis. full la pulak. dia suruh ke Kavy hotel. tp abg nakkal tak nak. die pusing-pusing lg. jumpa hotel titiwangsa betul-betul tepi jalan. RM115 semalam. mahal la pulak.. jadi pusing balik kat area Kavy Hotel td.. masa pusing tu..nampak Tudor Hotel Inn.. abg nakkal turun tanya harga.. tiba-tibe datang balik kat kereta ajak angkat beg. abg nakkal cuma kata. rm 50 semalam. dua malam seratus je la..

sampai dalam bilik.. aku tny..mana air cond... abg nakkal sengeh je.. kebanyakan bilik kat Cameron ni tak ada air cond.. aku mula-mula tak puas hati.. bila dah duduk 5 minit.. hahahahah aku tarik selimut.. sejuk walaupun masa tu pukul 3.. jadi ni gmbr2 ak sekitar ari pertama di CH..
















sambung lg la ekk....
banyak lagi untuk diterokai..zoom malaysia


Monday, 4-May-2009 04:35 Email | Share | | Bookmark
episod 24 : PWTC..Puteri Corner..

CHOPPPPPP
aku stop jap cite g cameron.. aku nak cerita aktiviti ke Pesta Buku dan makan-makan di Puteri Corner dengan akak-akak TKB nih.. havoc you....cerita dulu sebelum cite basi..

PESTA BUKU at PWTC
Beberapa hari sebelum ke Pesta Buku tu.. akak-akak ni dah sibuk-sibuk ke sana. aku pun ape lagi mengambil kesempatan dalam kesempitan yang ada untuk ke sana. jadi sepeerti dirancang, 25hb april tu kami ke sana. pagi tu aku janji nak hantar abg nakkal ke opis. balik dari hantar abg nakkal..terus ak laju-laju bersiap dan parking di belakang stesen komuter serdang. janji pukul 10 depan PWTC.. hampeh..kol 10 baru nak gerak.. jadi sampai je di PWTC, jumpa dengan kak azue, kak watie dan kak izah.. kami gerak menerjah booth ALAF21..
kak azue bagi ak list buku-buku yang dia nak beli.. ha amik ko... sederet.. ni nak baca ke nak bukak library ni..aku pun tolong cari..seronok pulak tolong cari kan buku untuk orang ni..macam aku je yang nak beli.. lepas je amik buku-buku kak azue.. kak azue nak sign author.. baru aku perasan ade RAMLEE AWANG MURSHID. aku pun usha-usha kalau ade buku-buku ramlee yang tak beli lagi. jadi aku pon amik HATIKU DI HARAJUKU. sebab memang tak pernah nampak dalam koleksi kami adik beradik. dapat la signature ramlee.. lepas tu i get myself another shopaholic. SHOPAHOLIC GOES TO MANHATTAN. yeay... tinggal lagi dua buku lagi. untuk cukupkan koleksi.







PUTERI CORNER
Lepas beli-belah di PWTC.. akak-akak ni da rancang ke Sungai Penchala sebab nak makan di Restoren Puteri. milik pelakon terkenal awal 90-an, Rubiah Suparman. aku bersama kak Azue dan abg halim naik satu kereta. aku tumpang kak azue. kak watie dan kak izah satu kereta. on the way tu kak mira dan kak dana sibuk calling-calling tny jalan.. abg alim lak dgn konfiden bawak kereta. sekali.. silap jalan..amik ko.. sesat jap..di area bukit lanjan.. patut g jumpa elizerbeth wong..mintak gambar konteraversi tu.. hahahhaha sampai je di Puteri.. makanan dh banyak habis.. kak wawa, kak ila dah berpinggan-pinggan melantak.. sampai je..aku bedal segala yang ada. selagi larat. astaghfirullah.. mcm biawak daaaa....
siap melantak... aku dan kak watie mintak tolong kak ila hantar balik.. hahahahhah nasib la kak ila.. sekali.. kami ajak kali kak azue.. gi jemput kek die kat kak meen.. abg alim disruh balik.. woo ape lg.. jd anak daros la makcik-makcik nih... tak hingat punya... ronda-ronda.. cari starbuck la ape la... konon2 nk minum.. last-last umh kak azue jugak tempat kami melepak..
habis melepak.. kami balik.. ade bola la malam tu.. patut dari puchong leh ikut bukit jalil... takut jam nye pasal.. amik ko... kak ila bawak kami merentas taman equine.. gila jauh... sampai je di serdang..aku terus laju-laju jemput abg nakkal...
sampai je.. abg nakkal beri aku hadiah... taddaaaaaa.. esok kami akan ke cameron dengan hadiah baru...












ssaaayyaaaannggg abang.... i lap u abang... tenkiu...

gambar-gambar adalah cilokkan dari kak azue dan kak ila... erkkk kak watie.. lom cilok lg.. tenkiu akak-akak...


Thursday, 30-Apr-2009 02:02 Email | Share | | Bookmark
episod 23 : CAMERON HIGHLAND...part 1

PACKING.....
Yeay... abg nakkal cuti 5 hari dan beta pulak baru dapat gaji.. berbekalkan kad bank yang sedang penuh.. abg nakkal dan cik bedah telah bersetuju memilih tanah tinggi, Cameron Highland sebagai destinasi percutian bulanan kami. setiap bulan satu tempat akan dipilih. Cameron Highland adalah lokasi impian bulan madu kami berdua. tapi apakan daya, baru sekarang berkesempatan setelah kesempitan untuk berkunjung ke sana.

jadi..cerita merayap ni lagi menarik.. sebab abg nakkal menghadiahkan daku sebentuk.....kamela.. hahahahah last month i bought him his thing for his his hobby. jadi bulan ni dia balas balik. dengan membelikan aku punya stuff utk hobi aku. tapi hadiah abg nakkal utk aku lagi mahal la..alamak.. camne nih...



AHAD..
sebelum tidur sabtu tu abg nakkal da set jam.. pukul 4. cadangnya nak gerak sebelum subuh.. tapi pukul 5 baru aku bangun..hehehehe kemas umah bagai..hampir pukul6 aku kejutkan abg nakkal.. lepas solat..baru keluar rumah.. tapi..amalan memeriksa kereta sebelum berjalan jauh harus dipraktikkan. jadi cek air, minyak hitam, tayar dan penuhkan itu kereta..


ni la harta kami... sebijik honda civic vtec turbo supercharge 1979..honda ex5 dan kawasaki kipas..hahahahahah.....semua benda yg antik...





mari kawan-kawan... kita da sedia untuk bergerak...



gi kedai sparepart jap.. beli minyak itam.. civic ni suke minum minyak itam selain minyak petrol




sambil-sambil tu tembak sana sini...







singgah umah mak mentua dulu...sarapan.. pandai punya anak menantu.. hahahha

ok bersambung...bnyk lagi nk masukkan ni...


Thursday, 23-Apr-2009 07:53 Email | Share | | Bookmark
EPISOD 22 : coklat..coko lat..

salam...
da lama aku nk wat entry ni.. sebab kan tak ada gambar untuk latest entry..aku wat entry cokolat.. gathering aakan d beritahu masa akan dtg..

Quote:
Patchi adalah jenama coklat dari Lebanon. ia diwujudkan dari 1974 dan mempunyai 116 outlet di 29 negara. Coklatnya unik dan mempunyai style tersendiri. Patchi adalah coklat yang seakan style coklat Swiss dan Belgium. Coklatnya dicampur dengan Almonds, Pistachios, Hazelnuts dengan Milk or Dark chocolate. Menu nya juga amat menarik dengan campuran Gianduja. Selepas dua tahun, Patchi products boleh didapati menenerusi online di USA dan Canada. Patchi amat sesuai diberi sebagai hadiah kerana ianya boleh di deco mengikut keinginan anda dan akan dihiasi dengan pelbagai aksessori.
Box of Patchi ChocolatesIn a publicity move recently, Patchi tied up with Harrod's to produce the most expensive box of chocolates.

Patchi also creates chocolates customised to local tastes and for local events and festivals


cite ni dibuat bukan la untuk apa.. hari tu aku dok menggodek kemera di opis.. habis aku amik segala sticker PATCHI ni. yang aku lekatkan dimerata-rata tempat.. dinding..troli.. cuma tak sempat amik sticker yang di stereng kereta dan bumbung kereta je...
coklat ni ceritanya.. org besar opis ni nak bagi hadiah coklat pada anak-anak yatim. jadi adalah supplier hantar kan coklat ni untuk propose. lepas dah propose. coklat ni di sedekah pada stor. gila macam hantu coklat aku kerjakan coklat-coklat ni. benda mahal beb.. nak beli sendiri tak mampu...

ahahahahhahaha tapi coklat ni da habis da. aku nak beli?? jangan harap...






coklat patchi ni akan dihiaskan secantik ini untuk diberi kepada orang..

sapa-sapa nak beli patchi boleh ke butik patchi di midvalley.. berdepan butik nose..di laluan keluar ke arah the gardens... enjoy...


[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net